Monday, April 25, 2005

Internet Explorer saya dirampas (hijack)

Beberapa minggu yang lepas dalam kekalutan saya mendapatkan codec software untuk tengok video jenis Ogg Media, saya telah terpasang browser hijacker. Alhamdulillah, browser hijacker itu bukan jelis lucah atau jenis perjudian.

Browser Hijacker berfungsi seperti program spyware yang lain cuma sasarannya spesifik kepada pelayar web yang anda guna -- selalunya Microsoft Internet Explorer. Bergantung kepada jenis, program perampas ini kadang kala menambah pintasan (SHortcut) ke dalam folder Favourites anda. Kadang-kala halaman pertama (home page) browser anda ditukar tanpa pengetahuan anda, mungkin daripada asalnya USM kepada website lucah. Kadang kala, fungsi butang BACK dan FORWARD browser anda langsung tidak boleh digunakan. Ada pula yang terus tidak membenarkan anda mengawal setting anda terhadap browser tersebut. Sebenarnya program ini merubah setting yang ada di Registry (yang sukar difahami oleh orang biasa, dan kadangkala juruteknik komputer) selalunya tanpa pengeahuan kita.

dalam kes saya, browser Internet Explorer saya dirampas dengan homepej browser saya ditukar. Pop-up iklan akan selalu keluar walaupun saya tidak menggunakan IE. Setiap pop-up yahoo messenger, 2 pop-up iklan akan muncul. Sudah tentunya kod dalam windows registry PC saya telah berubah. Dengan beberapa perisian yang telah saya pasang, saya dapat tahu yang walaupun saya mengubah homepej saya kepada yang saya kehendaki, program ini akan cuba mengubahnya dengan mengubah kod dalam registry. Program ini tidak mengambil "NO" sebagai jawapan.

Ubatnya...

  1. Cara yang paling mudah untuk mengurangkan risiko ini ialah dengan tidak menggunakan Internet Explorer. Ini kerana hampir semua program browser hijacker, hijack Internet Explorer. Sebagai alternatif, gunakan Firefox untuk browsing biasa. Sekiranya perlu juga, HANYA gunakan IE sekiranya ada website yang paksa anda gunakan IE.

  2. Jika anda boleh menggunakan OS selain Windows, gunakan ia (eg. Linux, Mac, BSD, Unix)

  3. Untuk pengguna Windows XP, pasangkan Service Pack 2 dalam sistem anda.

  4. Sekiranya anda telah terkena, cuba HijackThis. HijackThis merupakan program yang menganalisa dan memperbaiki sebarang seting pada Windows Registry. Gunakan Spyware Guard untuk mengurangkan risiko terkena browser hijack di masa akan datang. Perhatian: HijackThis dan Spyware Guard memerlukan anda mempunyai pengetahuan teknikal.



Diharap maklumat ini berguna kepada anda

Friday, March 04, 2005

Learning Linux - The basic

Anda boleh mempelajari asas linux weblog rakan saya di sini

Wednesday, January 26, 2005

Mematikan fungsi pengesahan pendaftaran menggunakan e-mel dalam PHP Nuke

Sebagai admin yang menggunakan PHP-nuke dalam website, anda mungkin tidak dapat menggunakan fungsi penghantaran e-mel secara automatik oleh PHPnuke. Oleh dengan itu, akan ada masalah jika ada pengguna baru ingin mendaftar di website anda. Pendaftar baru tidak dapat menerima e-mel yang sepatutnya diterima mereka.

Sekiranya anda nak PHPnuke tidak mengantar e-mel pengesahan, dan nak permohonan pengguna dapat terus disahkan server, begini caranya

Monday, January 24, 2005

Error #2002: Can't connect to local MySQL server through socket '/var/lib/mysql/mysql.sock'

I've just install Fedora Core 3, then, run http daemon (httpd) dan mysql daemon (mysqld). Walaubagaimanapun membuat fail php (seperti phpnuke atau phpmyadmin) saya dapat error ini

#2002: Can't connect to local MySQL server through socket '/var/lib/mysql/mysql.sock'

---
In Fedora Core 3, SELinux is turned on by default. SELinux is the Secure Edition that has extra security features. I turned SELinux off and I stopped getting the error.

anda boleh memperbaiki keadaan ini dengan laraskan SELinux line di /etc/sysconfig/selinux kepada Disabled:


SELINUX=Disabled


Walaupun jalan di atas berguna, tapi lebih baik anda matikan sahaja perkara yang perlu. Jangan bagai marahkan nyamuk, habis kelambu dibakar.



this is the procedure I've followed to configure SELinux :

From Startmenu select
"System settings"
Then choose
"Security settings or security level"
A window appears with 2 tabs : "Firewall options" and "SELinux"
Choose SELinux.
At the bottom half of the window you have a lisbox, listing (at least on my PC)

HTTPD Service
Name Service
NIS
SELinux Service Protection

Open SELinux Service Protection
Select "Disable SELinux protection for mysqld daemon"
Click "OK"

Open HTTPD Service
Select "Disable SELinux protection for httpd daemon"
Click "OK"

you had to reboot to make it work

Bye.

Untuk pengetahuan lanjut, layari:
http://forums.devshed.com/t14130/s.html

Tuesday, December 21, 2004

Akses Portable Hard Drive (USB)

Red Hat Linux 9.0 (Shell)

duit Bonus bulan Oktober lalu saya gunakan untuk beli portable USB (laptop) hard drive. Lepas kira-kira sebulan, baru la nak test guna kat Linux benda nie.

Caranya begini:
1. Sambungkan USB port komputer dengan portable external hark disk anda
2. Masuk sebagai SuperUSer pada terminal (su)
3. Pada mulanya, Linux takkan automount hard disk anda tu. Untuk mountkan USB external drive anda, taip
mount -t vfat /dev/sdaX /tmp/
/dev/sdaX = port USB yg bersambung dengan External Hard Drive.
PERHATIAN!
gantikan sdaX dengan sda1, sda2, sda3>, atau sda4. mengikut soket mana yg bersambung dengan USB port anda

/tmp/ = ialah direktori mana anda ingin mountkan (boleh tukar ke contoh: /rizmanhensem/ atau /root/gundamseeddestiny atau /home/foo/bar)

4. Untuk UNMOUNTkan hard drive anda, taip
umount /dev/sdaX
atau
umount [nama direktori external hard disk anda cth: /home/foo/bar]


Sekian