Monday, April 12, 2004

Resume Ahmad Rifaie ...kawan saya

Sabtu dulu saya ke Kolej CITI, melihat kenalan lama... Ahmad Rifaie minta saya tolong, tambahkan link ke page dia... so sebab kesian saya pun tambahkan link ke website dia... meh tengok cepat.
http://asia.geocities.com/phae_78/resume.htm

Friday, April 02, 2004

Setting Alamat IP

Red Hat Linux 8.0/9.0, Networking

Seorang rakan saya bertanya yang kawannya bertanya kepadanya bagaimana untuk setting IP Adress dalam linux...

Sebenarnya kita boleh setting IP address ini semasa mula-mula menginstall Red Hat Linux. Jangan risau sekiranya setting ini tidak dilakukan ketika installation. Kita boleh set kemudian.

Sekiranya anda memilih untuk menggunakan X (Linux yang ada Graphical User Interface), maka ianya lebih mudah.

GNOME
1.....Klik Topi Red Hat>Tetapan Sistem>Network (Bahasa Melayu)
..........atau Klik Topi Red Hat>System Settings>Network (Bahasa Inggeris)
2.....Masukkan password akaun "root" anda ...tekan OK
3....Bila "Network Configuration" muncul, pilih profile yang anda gunakan, nickname secara defaultnya ialah "eth0".

4.....klik edit (yg ada gambar spanar)
5.....sekiranya anda tahu IP anda, pilih radio button "Statically set IP addresses"
6.....Address: isikan alamat IP anda. xxx.xxx.xxx.yyy
..........(salin je dari PC sebelah anda kecuali yyy. Pastikan yyy tidak sama dengan PC
..........yang menggunakan no IP yang sama ... eg. PC sebelah anda 10.216.99.100,
..........anda boleh letak 10.216.99.105)
7.....Subnet Mask: 255.xxx.xxx.xxx (salin je dari PC sebelah anda)
8.....Default GAteway Address: xxx.xxx.xxx.xxx (salin je dari PC sebelah anda)
9.....Klik OK

10....Anda akan kembali ke "Network Configuration" muncul, pilih profile yang anda gunakan, nickname secara defaultnya ialah "eth0".
11....Sekiranya status "eth0" itu "INACTIVE", Tekan Activate untuk mengaktifkan network ...
12....Jawab Yes sekiranya anda ditanya adakah anda ingin simpan perubahan anda

13....reboot komputer anda
14....dan anda kini boleh menggunakan Mozilla