Monday, April 12, 2004

Resume Ahmad Rifaie ...kawan saya

Sabtu dulu saya ke Kolej CITI, melihat kenalan lama... Ahmad Rifaie minta saya tolong, tambahkan link ke page dia... so sebab kesian saya pun tambahkan link ke website dia... meh tengok cepat.
http://asia.geocities.com/phae_78/resume.htm

Friday, April 02, 2004

Setting Alamat IP

Red Hat Linux 8.0/9.0, Networking

Seorang rakan saya bertanya yang kawannya bertanya kepadanya bagaimana untuk setting IP Adress dalam linux...

Sebenarnya kita boleh setting IP address ini semasa mula-mula menginstall Red Hat Linux. Jangan risau sekiranya setting ini tidak dilakukan ketika installation. Kita boleh set kemudian.

Sekiranya anda memilih untuk menggunakan X (Linux yang ada Graphical User Interface), maka ianya lebih mudah.

GNOME
1.....Klik Topi Red Hat>Tetapan Sistem>Network (Bahasa Melayu)
..........atau Klik Topi Red Hat>System Settings>Network (Bahasa Inggeris)
2.....Masukkan password akaun "root" anda ...tekan OK
3....Bila "Network Configuration" muncul, pilih profile yang anda gunakan, nickname secara defaultnya ialah "eth0".

4.....klik edit (yg ada gambar spanar)
5.....sekiranya anda tahu IP anda, pilih radio button "Statically set IP addresses"
6.....Address: isikan alamat IP anda. xxx.xxx.xxx.yyy
..........(salin je dari PC sebelah anda kecuali yyy. Pastikan yyy tidak sama dengan PC
..........yang menggunakan no IP yang sama ... eg. PC sebelah anda 10.216.99.100,
..........anda boleh letak 10.216.99.105)
7.....Subnet Mask: 255.xxx.xxx.xxx (salin je dari PC sebelah anda)
8.....Default GAteway Address: xxx.xxx.xxx.xxx (salin je dari PC sebelah anda)
9.....Klik OK

10....Anda akan kembali ke "Network Configuration" muncul, pilih profile yang anda gunakan, nickname secara defaultnya ialah "eth0".
11....Sekiranya status "eth0" itu "INACTIVE", Tekan Activate untuk mengaktifkan network ...
12....Jawab Yes sekiranya anda ditanya adakah anda ingin simpan perubahan anda

13....reboot komputer anda
14....dan anda kini boleh menggunakan Mozilla

Tuesday, March 30, 2004

Mencipta pengguna baru (untuk file sharing permission)

OS: Windows 2000 (NTFS)

1 rightklik ikon My Computer ... pilihan akan muncul
2 gerakkan pointer ke [Manage] dan klik ... Menu "Computer Management" muncul
3 klik pada [Local Users and Groups] ... pilihan di pemidang kanan akan bertukar
4 Untuk tambah user, dwiklik pada folder "User"
5 RtKlik pd mana-mana area di pemidang kanan ... menu pilihan akan muncul
6 pilih & klik "New User" ...menu "New User" akan muncul
7 (untuk bagi kawan-kawan access dalam masa yg lama... )
.....a isi butiran yang diperlukan ... user name dan password mesti diisi
.....b uncheck "User must change password at next logon"
.....c check "User cannot change password"
.....d check "Password Never expires"
.....e klik "Create"
.....f ulangi 7a - 7e untuk user baru yg lain ...atau...
.....g klik "Close" jika anda tiada user baru yang ingin ditambah

Monday, March 29, 2004

Bagaimana nak jalankan Apache sedangkan dalam PC ada IIS?

Bagaimana nak jalankan Apache sedangkan dalam PC ada IIS?

Dulu ada seorang student practical bertanyakan kepada saya sebagaimana soalan di atas. Untuk tugasan, dia bercadang menggunakan Apache sebagai Web server dan PHP sebagai Server Side Script. Puaslah kami mencari jawapan... dan penyelesaiannya:

instead of using http://localhost/we're use that computer IP address i.e. http://10.216.7.254

Hari ini, saya temui jawapan secara tak sengaja. Jawapannya mudah!

Saya menggunakan Windows 2000 Server sebagai contoh
1. Matikan IIS - langkah-langkah
a) Klik - Start > Settings > "Control Panel"
b) 2Klik ikon "Administration Tools"
c) 2Klik ikon "Internet Service Manager" ... window "Internet Information Service" akan muncul
d) Pada ruang paling kiri, Highlight pada Webhost anda (biasanya tertulis nama (DNS) komputer anda)
e) Pada ruang paling kanan, pada setiap satunya...
i) righthand click
ii) pilih "Stop"
iii) tutup window "Internet Information Server" itu

2. Switch ON Apache

3. Reboot komputer - just in case

komen? emel saya ya.

Sedia... Mula!

Assalamualaikum, dan salam sejahtera.

Sebelum ini saya ada buat log satu mukasurat. Pada 16 Mac 2004. Tapi saya tutup sebab namanya kurang sesuai.

Tujuan asalnya nak rekodkan hasil keje saya untuk ingatan.

Saya ditugaskan untuk explore Linux untuk kegunaan organisasi. Asalnya saya tak tahu nak guna distribution apa. Mandrake, Slackware, SuSe, dan RedHat adalah calon-calon pilihan. Akhirnya saya memilih untuk gunakan Redhat Linux 9.0 Professional Edition setelah saya diajar menginstall RedHat Linux itu.

Terima kasih kepada Shahanaz, sejak hari itu saya mula meneroka ke dunia yang dulunya asing kepada saya.

Lain kali InsyaAllah saya akan tulis (taip) macam mana nak install RedHat Linux 9.0