Friday, November 23, 2007

antara yang bayar dengan yang free

Promosi-promosi Microsoft Windows Vista selalunya menunjukkan kehebatan astetika Vista. Video di bawah adalah perbandingan antara AERO dalam Windows Vista Ultimate Edition - bayar (latar belakang hijau) dengan Compiz/Beryl untuk Ubuntu GNU/Linux - free (latar belakang biru dengan logo ubuntu).

moral: microsoft mesti buat windows yang lagi best daripada yang ada dengan gnu/linux open source sebab windows tu kena bayar, bukannya free macam gnu/linux

Tuesday, November 20, 2007

Saturday, September 29, 2007

1st Inaugural Webmaster Malaysia meet-up



Jelutong (PP) 28/9/2007 - webmastermalaysia.com telah mengada perjumpaan webmaster Pulau Pinang. Perjumpaan tersebut telah diadakan di Starbucks, eGate, bersebelahan dengan Tesco tempat Rezdrake dan aku makan Nasi Claypot

...maklumat lanjut boleh dibaca dari blog
iCalvyn
Getfound.com.my
Seraph Studios Chronicles
Blogging Secret

Tuesday, June 12, 2007

Tale of Two Operating System

Bila Windows Vista datang membuat demonstrasi kepada semua pelajar USM. Ramai yang terlopong dengan astetika (kecantikan) yang ditunjukkan dalam Windows Vista Ultimate Edition. Duta Microsoft (sekumpulan siswai USM) menunjukkan aspek Wow dan 'babling' tentang Aero dengan antaranya menekan menunjukkan Windows Flip 3D dengan menekan butang [Windows]+[Tab].

Klik di sini untuk melihat pelbagai contoh screenshot Windows Flip 3D di Google


Sama ada anda sedar atau tidak, apabila anda membeli laptop baru... yang bakal anda dapat hanyalah Microsoft Windows Vista Basic Edition atau Home Basic. Kiranya yang paling koman dalam Windows Vista. Yang confirmnya, Windows Flip 3D yang ditunjukkan dalam demo kat USM tu memang takde. RM X,XXX mesti dikeluarkan untuk membeli Windows Vista Ultimate Edition.

Apa pun bagi Pengguna GNU/Linux, terutamanya Ubuntu (especially Ubuntu 7.04 Festy Fawn) semua tu takde makna sangat kerana dalam Linux lagi banyak Wownya... antaranya dengan install Compiz, anda akan dapat merasakan efek seperti dalam PC Desktop GNU/Linux (Ubuntu 7.04 - Festy Fawn) saya. Saya poskan screenshot seperti di bawah ini. Siap ada laman web USM lagi.



Friday, June 08, 2007

Make Windows XP faster

Pendahuluan
Pagi tadi saya telefon kawan saya, Said, a nursing lecturer untuk bertanya khabar. Dalam perbualan kami dia ada tanya bagaimana nak jadikan laptop laju. Lepas tu dia berura-ura untuk membeli Windows Vista. Saya beritahu dia, tak perlu beli Windows Vista untuk melajukan laptop. Tambah je RAM (bagi yang tak tahu apa itu RAM, sila tanya kedai komputer (atau rujuk je Wikipedia)).

Oleh kerana dia belum beli RAM lagi, jadi saya syorkan buat (cara di bawah) dulu. (nota: Jika rasa gambar tak cukup jelas, sila klik kat gambar untuk lihat imej yang lebih besar & jelas.)

Straight to the Point
1. Mula-mula klik kat Start lepas tu Control Panel (macam gambar di bawah)

2. Lepas tu Performance & Maintenance

3. Klik System

4. Klik tab Advance

5. Kat Performance, pilih / klik butang Settings

6. Klik 'radio button' Adjust for best performance

7. Semua yang tanda rait tadi dah hilang. Waktu ni boleh lah tekan OK... tapi... (baca bawah dulu)

8. Selalunya saya akan rait-kan pilihan Smooth edge of screen font. Supaya tak la teruk sangat teks dalam komputer

9. Bila klik je OK, Komputer (desktop) anda akan kelihatan seperti Windows 95, 98, 2000. Ini biasa. OK. Anda dah korbankan astetika (kecantikan) Windows XP untuk kelajuan (performance) Windows XP. Ada lagi tips lain, tapi lain kalilah Said noo....

Kalau nak support saya, layari Blog Programmer Syberizman dan Jururawat.net (dan klik iklan di sana)